24 Nov 2017

PENDAFTARAN SESI 2018 KINI DIBUKA!!

TAWARAN ISTIMEWA!!
==================
‪#‎PERCUMA‬ - yuran pendaftaran

# jika mendaftar sehingga bulan Disember 2017.

Pakej UPSR - KELAS "SMALL GROUP"
==============================
SET A
MONDAY – 8.00PM TO 10.00PM, &
TUESDAY – 8.00PM TO 10.00PM
SET B
THURSDAY – 8.00PM TO 10.00PM, &
FRIDAY – 8.00PM TO 10.00PM
SET C
SATURDAY – 11.00AM TO 1.00PM, &
SUNDAY – 2.30PM TO 4.30PM
SET D
SATURDAY – 2.30PM TO 4.30PM, &
SUNDAY – 11.00AM TO 1.00PM

UPSR/PT3/SPM - KELAS ONE-TO-ONE (min. 2 jam):
==============================
SATURDAY / SUNDAY (hari dan waktu - sila hubungi Ms.N 0173742856 - tempat terhad).
Utk maklumat lanjut :
Mobile No. : 017-3742856
Telephone No : 03-92017876
Email Address : tuisyenmsn@gmail.com

7 Sept 2017

TEKNIK MENJAWAP SOALAN MATEMATIK KERTAS 2

Ramai pelajar tidak yakin untuk "score" Kertas 2  kerana tidak ada jawapan Objektif yang boleh dipilih.   Kebiasaannya Soalan 1 hingga 3 adalah soalan yang agak mudah dan jumlah markah yang sedikit.  Soalan yang mempunyainya markah yang banyak kebiasaannya Soalan 10 hingga 15. Jangan risau , walaupun markah yang banyak, ia dipecahkankan kepada beberapa anak-anak soalan-soalan dengan markah masing-masing.  Namun tahukah pelajar semua bahawa soalan sebegini adalah lebih mudah di "score" dengan teknik yang betul?  Cuma seperti biasa jangan cuai ketika membaca soalan dan ketika menulis jawapan. 

Soalan Matematik Kertas 2 mewakili 60% markah keseluruhan.  Ini bermakna bahagian ini amar penting untuk menentukan markah keseluruhan.  Ia mempunyai bilangan sebanyak 15 soalan kesemuanya.  Masa yang diberikan pula ialah 1 jam sahaja.  Jadi purata masa untuk menjawap setiap soalan ialah 4 minit.  Cuba jawap soalan yang mudah sepantas yang boleh.  Tinggalkan soalan yang susah dengan membulatkan nombor soalan.  Setelah habis semua soalan, cari semula soalan susah yang telah ditandakan  tadi dan cuba menjawap sebaik mungkin.  


Cara-cara menjawap soalan :-

1) Baca soalan sehingga habis dan fahamkan betul-betul.
2) Baca lagi sekali soalan itu dan gariskan perkataan penting.
3) Bulatkan / warnakan kehendak soalan.
5) Pastikan unit yang dikehendaki oleh soalan cth: m, km, kg, g, l, ml dsb dan jangan lupa tulis jawapan dengan unit tersebut.
6) Pastikan juga jawapan yang dikehedaki oleh soalan cth : jawapan dalam pecahan, perpuluhan, peratus dsb. nya
4) Ringkaskan soalan menjadi ayat matematik
4) Mula selesaikan dengan mengira langkah demi langkah.


Contoh soalan:-



Contoh jawapan:-



Soalan (i) kebanyakan pelajar dapat menjawab dengan betul.

Untuk Soalan (ii), sesetengah pelajar yang cuai akan membuat salah dengan mengira sehingga gaji isteri sahaja iaitu RM2775.  Mereka tidak memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan iaitu "Jumlah gaji bulanan mereka" sepatutnya RM3700 + RM2775 = RM6475.

Sekian, selamat Maju Jaya.

Tutor Ms. N


Nota Kaki : Pendapat dan pandangan yang diberikan diatas adalah pendapat peribadi sahaja berdasarkan pengalaman sendiri mengajar mata pelajaran Matematik.  Sekian, harap maklum.

2 Sept 2017

TEKNIK MENJAWAP SOALAN MATEMATIK KERTAS 1

Ramai pelajar ambil mudah Kertas 1 kerana ada jawapan Objektif yang boleh dipilih.  Tetapi tahukah pelajar semua bahawa soalan sebegini adalah lebih "tricky" dengan pilihan jawapan yang diberikan?  Namun dengan teknik yang betul, pelajar boleh "score" bahagian ini dengan baiknya.  Cuma jangan cuai ketika membaca soalan dan ketika mengira.

Soalan Matematik Kertas 1 mewakili 40% markah keseluruhan.  Ia mempunyai bilangan sebanyak 40 soalan kesemuanya.  Masa yang diberikan pula ialah 1 jam sahaja.  Jadi purata masa untuk menjawap setiap soalan ialah 1.5 minit.  Cuba jawap soalan yang mudah sepantas yang boleh.  Tinggalkan soalan yang susah dengan membulatkan nombor soalan.  Setelah habis semua soalan, cari semula soalan susah yang telah ditandakan  tadi dan cuba menjawap sebaik mungkin.


Cara-cara menjawap soalan :-

1) Baca soalan sehingga habis dan fahamkan betul-betul.
2) Baca lagi sekali soalan itu dan gariskan perkataan penting.
3) Bulatkan / warnakan kehendak soalan.
4) Ringkaskan soalan menjadi ayat matematik jika boleh; atau
5) Buat ringkasan yang anda sendiri faham
4) Mula mengira langkah demi langkah.


Contoh soalan:-

Encik Atan menternak arnab, lembu dan ayam di ladangnya.  Dia mempunyai 58 ekor arnab.  Bilangan lembu adalah 24 ekor lebih daripada bilangan arnab manakala bilangan ayam adalah 18 ekor kurang daripada junlah arnab dan lembu.  Berapakah jumlah ternakan Encik Atan?

A. 146
B. 204
C. 262
D. 298


Jalan kerja kebanyakan pelajar:-

Untuk mencari jumlah ternakan Encik Atan, kita mesti cari bilangan setiap jenis ternakan.

Arnab = 58 ekor
Lembu = 24 ekor lebih daripada bilangan arnab
Ayam = 18 ekor kurang daripada jumlah arnab dan lembu

Oleh itu, jumlah lembu:-

24 + 58 = 82

Jumlah Ayam:-

 82 - 18 = 64

Oleh itu , Jumlah semua ternakan:-

58 + 82 +  64 = 204# (jawapan adalah salah)


Jalan kerja yang betul:-


Untuk mencari jumlah ternakan Encik Atan, kita mesti cari bilangan setiap jenis ternakan.

Arnab = 58 ekor
Lembu = 24 ekor lebih daripada bilangan arnab
Ayam = 18 ekor kurang daripada jumlah arnab dan lembu

Oleh itu, jumlah lembu:-

24 + 58 = 82

Jumlah Ayam:-

Arnab dan lembu 58 + 82 = 140

140 - 18 = 122

Oleh itu , Jumlah kesemua ternakan:-

58 + 82 + 122 = 262# (Jawapan yang betul ialah C. 262)


Nota Tutor :-

Kesalahan pelajar bermula ketika mengira bilangan Ayam.  Pelajar tergesa-gesa menjawap dengan terus menolak 18 daripada 82 tanpa mengira terlebih dahulu bilangan sebenar Arnab dan Lembu.

Soalan di atas pada dasarnya nampak mudah. Namun pelajar sering membuat kesilapan dengan memberi jawapan yang salah.  Ini mungkin kerana pelajar tidak berhati-hati ketika membaca soalan dan juga pelajar terlalu mengejar masa untuk menjawap.  Pilihan jawapan ada diletakkan kemungkinan jawapan yang akan diberikan oleh pelajar yang cuai.  Sebab itu pelajar akan rasa yakin yang jawapan mereka betul.

Jumpa lagi di "posting" akan datang. Selamat Maju Jaya.

Ms. N

Nota Kaki : Pendapat dan pandangan yang diberikan diatas adalah pendapat peribadi sahaja berdasarkan pengalaman sendiri mengajar mata pelajaran Matematik.  Sekian, harap, maklum.

31 Aug 2017

KELAS TUISYEN DI AMPANG! PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!

KELAS "SMALL GROUP" - Pakej UPSR / Peringkat Sekolah Rendah : 
==============================
SET A 
MONDAY – 8.00PM TO 10.00PM, &
TUESDAY – 8.00PM TO 10.00PM
SET B
THURSDAY – 8.00PM TO 10.00PM, &
FRIDAY – 8.00PM TO 10.00PM
SET C
SATURDAY – 11.00AM TO 1.00PM, &
SUNDAY – 11.00AM TO 1.00PM
SET D
SATURDAY – 2.30PM TO 4.30PM, &
SUNDAY – 2.30PM TO 4.30PM

KELAS "ONE-TO-ONE" (min. 2 jam) - UPSR / PT3 / SPM (ALIRAN SAINS) :   

==============================
Hari dan Waktu - sila hubungi Ms.N 0173742856 - (tempat terhad).

PERCUMA!! yuran pendaftaran bermula September 2017 hingga November 2017.


"Referral Program" - dapatkan diskaun istimewa!!


Utk maklumat lanjut :
Mobile No. : 017-3742856
Telephone No : 03-92017876
Email Address : tuisyenmsn@gmail.com

18 Aug 2017

BAB 1 : PANDUAN MENINGKATKAN POTENSI MINDA YANG OPTIMUM

Berikut ialah antara jawapan yang diberikan oleh pelajar sekolah rendah dan menengah bila ditanya "Apakah harapan dan gangguan untuk mengejar kecemerlangan?"

Potensi otak/minda


  1. potensi untuk berjaya?
  2. potensi otak boleh dikenal pasti dengan jelas?
  3. cara menggunakan otak dengan cemerlang?
  4. cara mendisiplinkan diri untuk menggunakan minda yang berkesan?
  5. cara otak dan minda berfungsi?
  6. Minda menpunyai hubungan dengan anggota badan?
  7. Fungsi otak kiri dan otak kanan?
  8. bagaimana mengawal minda supya boleh bangun tidur pada sesuatu masa yang dikehendaki?
  9. cara istirehat bagi mendapatkan tenaga otak untuk belajar?


Kemahiran belajar


  1. cara meningkatkan gaya ingatan?
  2. cara memahami kuliah dengan cepat?
  3. cara menyesuaikan diri dengan guru?
  4. teknik belajar yang berkesan?
  5. cara dapatkan markah cemerlang?
  6. cara uruskan masa dengan berkesan?
  7. waktu sesuai untuk belajar?
  8. cara manfaatkan masa istirehat?
  9. cara hilangkan rasa mengantuk ketika belajar?
  10. cara menghadapi peperiksaan
  11. cara meningkatkan pembacaan?
  12. cara selesaikan masalah matematik dan sains?
  13. cara meningkatkan kebolehan komunikasi dengan berkesan?
  14. peta minda?


Pengembangan diri


  1. cara meningkatkan daya pemikiran yang kreatif?
  2. cara meningkatkan keyakinan diri?
  3. cara menghilangkan rasa bosan?
  4. cara meningkatkan daya pemerhatian?
  5. cara menjadi pelajar yang bermotivasi?
  6. formula mencapai kecemerlangan?

Antara masalah yang sering dialami?

  1. cepat lupa.
  2. rasa mengantuk
  3. takut ujian dan peperiksaan
  4. tertekan atau stres
  5. susah memberi tumpuan
  6. semangat menurun
  7. rasa penat
  8. tidak ada minat belajar
  9. takut beri pendapat
  10. tak tahu buat nota 
  11. tidak faham apa dibaca
  12. gangguan rakan
  13. tidak percaya diri sendiri
  14. banyak buang masa
  15. tidak kreatif.



Semua masalah yang dihadapi boleh diatasi jika kita mengetahui bagaimana otak dan minda berfungsi.  Menurut kajian terkini, hampir semua otak dan minda manusia mempunyai potensi asalkan mereka mahu mengusahakannya.  Otak manusia bersedia untuk dikembangkan potensi dan penggunaannya.

Apakah rahsianya, bagaimana menggunakan otak dan minda untuk menjadi:


  • jurutera yang berdisiplin
  • guru yang dedikasi
  • penulis yang kreatif
  • pelajar yang cemerlang
  • ahli korporat yang berjaya
  • pekerja yang proaktif
  • insan yang berhemah tinggi
  • ibu bapa yang bertanggungjawab
  • anak yang soleh
  • pemimpin yang berjasa

Hadis Rasulullah s.a.w. telah menyarankan supaya manusia belajar dari buaian ke liang lahat.  Ini menggambarkan betapa pentingnya pendidikan sepanjang hayat.  Pendidikan sepanjang hayat bermaksud belajar secara berterusan.

Maksud pembelajaran ialah bukan sahaja apa yang dipelajari di dalam kelas, ianya sebenarnya lebih luas daripada itu. Kita dapat idea atau pengetahuan yang baru sekiranya kita melakukan perkara-perkara seperti:-



  • sukan dan rekreasi
  • menjaga kesihatan
  • menjadi ahli perniagaan berjaya
  • pengurus bank
  • ahli seni bina
  • bercucuk tanam
  • nelayan
  • melawat dan melancong
  • melakukan hobi


Kebaikannya sekiranya kita berusaha untuk meningkatkan fungsi otak atau kemahiran belajar:-


  • berfikir dengan lebih kreatif
  • fungsi otak dan minda meningkat
  • dapat wang yang lebih
  • dapat pekerjaan yang lebih baik
  • harga diri meningkat
  • ingatan bertambah baik
  • dapat belajar lebih banyak
  • belajar benda baru
  • pengetahuan luas
  • berfikiran terbuka



Kerugiannya sekiranya kita tidak mahu berusaha untuk meningkatkan fungsi otak atau kemahiran belajar:-


  • otak menjadi beku
  • fikiran sempit
  • rasa bosan
  • selalu sakit
  • susah naik pangkat
  • cepat lupa
  • rasa rendah diri
  • tiada percaya diri sendiri
  • susah memahami sesuatu
  • fikiran terganggu

Oleh itu berusahalah menggunakan otak anda dan kembangkan potensinya seberapa yang boleh supaya anda menjadi seorang insan yang sempurna.



Setakat mana kemampuan anda?

Sila jawap YA atau TIDAK:-


  1. Anda pernah diberitahu tentang otak itu terbahagi kepada otak kanan dan otak kiri?
  2. Anda pernah diberitahu tentang fungsi otak kiri dan otak kanan?
  3. Adakah anda pernah diberitahu tentang fungsi otak anda?
  4. Semasa belajar adakah anda pernah mengintegrasikan fungsi otak kiri dengan otak kanan?
  5. Adakah anda tahu fungsi otak anda terhadap matematik dan ingatan?
  6. Adakah anda tahu perubahan daya ingatan semasa belajar?
  7. Adakah anda pernah belajar atau menyelesaikan masalah matematik atau lain-lain tugasan semasa berjalan-jalan atau sambil berjalan?
  8. Pernahkan anda membuat penggambaran cara tentang kejayaan anda dalam peperiksaan?
  9. Adakah anda pernah merancangkan masa belajar anda hingga sekurang-kurangnya 12 ke 15 jam sehari?
  10. Adakah anda pernah diberitahu tentang kepentingan beristirehat?
  11. Adakah anda pernah diberitahu tentang bagaimana boleh mengurangkan stres dalam masa belajar?
  12. Adakah anda pernah diberitahu hubungan makanan dengan teknik belajar?
  13. Adakah anda pernah diberi latihan untuk meningkatkan daya ingatan?
  14. Adakah anda pernah diberi latihan untuk meningkatkan daya pemusatan dalam pembelajaran?
  15. Adakah anda pernah diberitahu mengambil nota dengan cara peta minda?
  16. Adakah anda pernah diberitahu bagaimana mengulangkaji mata pelajaran?
  17. Adakah anda tahu matlamat hidup anda?
  18. Adakah anda tahu bagaimana mencapai matlamat anda?
  19. Adakah anda pernah belajar dengan cara perbincangan dengan rakan sebaya?
  20. Adakah anda pernah diberitahu teknik menghadapi ujian atau peperiksaan?


Jika lebih banyak TIDAK, anda perlu mendapatkan bimbingan segera.  Jika jawapan anda banyak YA, anda adalah seorang yang berhemah tinggi dan berfikiran positif.  Teruskan usaha anda!

RUJUKAN : KECEMERLANGAN MINDA DALAM PEMBELAJARAN KESELURUHAN OTAK DAN DAYA BERFIKIR OLEH HAJI ABDUL FATAH BIN HASAN (UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD)

12 Mar 2017

TIP MEMBUAT NOTA RINGKAS




Pada hujung bulan ini, para pelajar akan bercuti.  Tahukah anda, salah satu aktiviti belajar yang boleh dilakukan ketika itu ialah membuat nota ringkas.

Kali ini ruangan teknik belajar akan berkongsi beberapa tip cara untuk membuat nota ringkas.  

Perlu diingat,  anda hanya dapat menyediakan nota ringkas yang berkesan setelah anda benar-benar memahami sesuatu tajuk pelajaran.  Nota ringkas ini amat berguna sewaktu mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.



1.  Memilih mata pelajaran dan tajuk yang hendak dibuat nota ringkas.


Berdasarkan mata pelajaran dan topik pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini, terdapat banyak tajuk kecil.  Oleh itu, pilih satu tajuk yang hendak dibuat nota ringkas.


2.  Menyediakan bahan bacaan.


Sediakan bahan bacaan seperti buku nota yang anda catatkan isi pelajaran sama ada yang diberikan oleh guru di kelas, buku teks atau buku rujukan.


3.  Memahami isi kandungan tajuk pelajaran.


Gunakan teknik membaca berkesan untuk memahami isi kandungan tajuk pelajaran yang telah anda pilih tadi.  Jika anda telah memahami isi kandungannya, maka mudahlah untuk anda membuat nota ringkas.


4.  Mempelajari panduan membuat nota.


Setelah anda memahami isi kandungan tajuk pelajaran yang dibaca tadi, sekarang anda bolehlah mula membuat nota ringkas.


i.  Bentuk nota.


Kebiasaannya, terdapat dua bentuk nota ringkas yang sering dibuat oleh murid.

(a)  Kertas A4 dilipat dua atau empat bahagian.

(b)  Kad manila yang dipotomg kecil bersaiz poket.


ii.  Gunakan kata kunci

Pilih kata kunci yang mudah difahami dan diingati oleh anda semua.  Anda boleh memilih mana-mana perkataan penting dalan sesuatu tajuk pelajaran yang anda baca.

iii.  Cipta simbol, rajah atau gambar.

Anda boleh mencipta simbol, rajah atau gambar yang mudah difahami untuk mengingat sesuatu isi pelajaran.


5.  Melihat dan mengingat.


Tahukah anda semua, nota ringkas yang berkesan ialah apabila anda melihatnya?  Melalui cara ini, anda dapat mengingat kembali isi kandungannya tanpa membaca nota asal.


Sekian, bertemu kembali di "posting" yang akan datang. Selamat maju jaya.

kredit :majalah dewan pelajar

23 Feb 2017

TIP SERONOK BELAJAR DI DALAM KELAS


Hai semua!  Tahukah anda salah satu resepi kejayaan pelajar cemerlang ialah seronok belajar di dalam kelas? Jadi bagaimanakah caranya untuk kita mewujudkan rasa seronok untuk belajar di dalam kelas? Kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua beberapa tip seperti berikut:-


1.  Tempat duduk yang sesuai.


Pada awal sesi persekolahan ini, pelajar-pelajar berusahalah untuk mendapat tempat duduk di dalam kelas yang berhampiran dengan guru semasa pembelajaran.  Contohnya, duduk di barisan hadapan.


2.  Berkenalan


Tanamkan dalam diri anda semua bahawa rakan-rakan sekelas adalah seperti adik beradik sendiri.  Oleh itu, berkenalanlah dengan rakan-rakan sekelas.  Melalui cara ini, perasaan saling mempercayai akan timbul dalam diri anda.  Selain itu, anda juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat untuk berjaya.


3.  Hubungan baik dengan guru.


Guru merupakan individu yang bertanggungjawab untuk membimbing pelajar-pelajar untuk belajar. Oleh itu, binalah hubungan yang baik dengan guru supaya segala ilmu yang dicurahlan akan diberkati.


4.  Pendengar yang baik.


Pelajar-pelajar perlu menguasai kemahiran mendengar.  Apabila para pelajar menjadi pendengar yang baik pelajar-pelajar akan dapat memahami pelajaran yang guru sampaikan dengan berkesan.  Hal ini akan memudahkan pelajar-pelajar mengingati pelajaran tersebut. 


5.  Tidak malu bertanya


Jika terdapat sebarang persoalan yang timbul sewaktu guru mengajar, terus ajukan soalan tersebut kepada guru.  Mungkin persoalan itu akan menjadi soalan peperiksaan nanti.  Oleh itu, jangan malu untuk bertanya.


6.  Mengeluarkan pendapat.


Jika terdapat sebarang persoalan yang timbul sewaktu guru mengajar, jangan malu atau segan untuk mengeluarkan pendapat anda.  Pendapat anda tersebut mungkin dapat dikongsikan bersama-sama rakan sekelas.


7.  Melibatkan diri dengan aktiviti kelas.


Pembelajaran di kelas akan lebih seronok sekiranya anda menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh guru.  Contohnya, perbincangan kumpulan dan kerja amali.   Melalui cara ini sebenarnya dapat mengukuhkan pemahaman dan ingatan anda semua terhadap sesuatu pelajaran.


Sekian, sehingga bertemu lagi di "posting" yang akan datang.  Selamat maju jaya.


Kredit : Dewan Pelajar

19 Feb 2017

CARA-CARA MENINGKATKAN PENCAPAIAN DALAM PEPERIKSAAN (UPSR)

gambar hiasan

Selamat belajar pelajar-pelajar semua!  Pernahkah anda mendapat keputusan peperiksaan yang kurang membanggakan?   Contohnya mendapat gred C atau D? Kami akan berkongsi dengan anda faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar mendapat markah rendah dalam peperiksaan :-


1. Kurang ulang kaji.

Pelajar-pelajar tidak dapat mengingat dengan baik isi pelajaran yang telah dipelajari jika kurang ulangkaji.


2. Tidak faham dan tidak mengingati isi pelajaran

Jika ini berlaku, pelajar-pelajar akan sukar untuk memanggil kembali atau mengimbas isi pelajaran tersebut bagi menjawab soalan peperiksaan.


3.  Tidak tahu teknik menjawab soalan yang betul.

Pelajar-pelajar, pada kebiasaannya mereka yang mendapat markah yang rendah adalah disebabkan mereka tidak memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.  Oleh itu, pelajar-pelajar perlu memahami soalan dan menguasai teknik menjawab soalan yang betul.


4.  Lemah dalam penulisan jawapan.

Bagi soalan struktur, pelajar-pelajar akan mendapat markah yang rendah sekiranya tidak dapat menulis jawapan dengan  lengkap seperti yang dikehendaki oleh soalan.


5.  Lemah dalam mengarang.

Dalam peperiksaan UPSR, pelajar-pelajar dikehendaki membuat karangan bagi kertas Bahasa Melayu (Penulisan) dan Bahasa Inggeris.  Pelajar-pelajar akan mendapat markah yang rendah, sekiranya mengarang tidak mengikut format seperti yang dikehendaki oleh soalan.


6. Kesilapan teknikal

Antara kesilapan teknikal yang sering dilakukan oleh calon peperiksaan yang menyebabkan mereka mendapat keputusan kurang cermelang ialah:

a.  Salah ejaan

b.  Tulisan tidak kemas seperti "cakar ayam".

c.  Salah menulis nombor soalan dan jawapan.

d.  Tidak menulis nama dan angka giliran pada kertas jawapan.

e.  Tidak menghitamkan kertas jawapan OMR dengan sempurna.

f.  Tidak mengikat kertas soalan dan jawapan dengan kemas.


7.  Masalah peribadi

Masalah peribadi yang dihadapi oleh seseorang calon peperiksaan turut mempengaruhi semangat dan keyakinannya.  Hal ini demikian kerana mereka tidak akan dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya untuk menjawab soalan peperiksaan.


Setelah mengetahui faktor yang menyebabkan para pelajar boleh mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan, ayuh kita ubah strategi dan teknik pembelajaran masing-masing.  Janganlah anda semua menjadi seperti kata pepatah, "sudah terhantuk, baru terngadah".  

Jumpa lagi di "posting" yang seterusnya.  Selamat maju jaya untuk anda semua.


Credit to Majalah Dewan Pelajar.