Soalan Matematik Kertas 2 mewakili 60% markah keseluruhan. Ini bermakna bahagian ini amar penting untuk menentukan markah keseluruhan. Ia mempunyai bilangan sebanyak 15 soalan kesemuanya. Masa yang diberikan pula ialah 1 jam sahaja. Jadi purata masa untuk menjawap setiap soalan ialah 4 minit. Cuba jawap soalan yang mudah sepantas yang boleh. Tinggalkan soalan yang susah dengan membulatkan nombor soalan. Setelah habis semua soalan, cari semula soalan susah yang telah ditandakan tadi dan cuba menjawap sebaik mungkin.
Cara-cara menjawap soalan :-
1) Baca soalan sehingga habis dan fahamkan betul-betul.
2) Baca lagi sekali soalan itu dan gariskan perkataan penting.
3) Bulatkan / warnakan kehendak soalan.
5) Pastikan unit yang dikehendaki oleh soalan cth: m, km, kg, g, l, ml dsb dan jangan lupa tulis jawapan dengan unit tersebut.
6) Pastikan juga jawapan yang dikehedaki oleh soalan cth : jawapan dalam pecahan, perpuluhan, peratus dsb. nya
4) Ringkaskan soalan menjadi ayat matematik
4) Mula selesaikan dengan mengira langkah demi langkah.
Contoh soalan:-
Contoh jawapan:-
Soalan (i) kebanyakan pelajar dapat menjawab dengan betul.
Untuk Soalan (ii), sesetengah pelajar yang cuai akan membuat salah dengan mengira sehingga gaji isteri sahaja iaitu RM2775. Mereka tidak memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan iaitu "Jumlah gaji bulanan mereka" sepatutnya RM3700 + RM2775 = RM6475.
Sekian, selamat Maju Jaya.
Tutor Ms. N
No comments:
Post a Comment