7 Sept 2017

TEKNIK MENJAWAP SOALAN MATEMATIK KERTAS 2

Ramai pelajar tidak yakin untuk "score" Kertas 2  kerana tidak ada jawapan Objektif yang boleh dipilih.   Kebiasaannya Soalan 1 hingga 3 adalah soalan yang agak mudah dan jumlah markah yang sedikit.  Soalan yang mempunyainya markah yang banyak kebiasaannya Soalan 10 hingga 15. Jangan risau , walaupun markah yang banyak, ia dipecahkankan kepada beberapa anak-anak soalan-soalan dengan markah masing-masing.  Namun tahukah pelajar semua bahawa soalan sebegini adalah lebih mudah di "score" dengan teknik yang betul?  Cuma seperti biasa jangan cuai ketika membaca soalan dan ketika menulis jawapan. 

Soalan Matematik Kertas 2 mewakili 60% markah keseluruhan.  Ini bermakna bahagian ini amar penting untuk menentukan markah keseluruhan.  Ia mempunyai bilangan sebanyak 15 soalan kesemuanya.  Masa yang diberikan pula ialah 1 jam sahaja.  Jadi purata masa untuk menjawap setiap soalan ialah 4 minit.  Cuba jawap soalan yang mudah sepantas yang boleh.  Tinggalkan soalan yang susah dengan membulatkan nombor soalan.  Setelah habis semua soalan, cari semula soalan susah yang telah ditandakan  tadi dan cuba menjawap sebaik mungkin.  


Cara-cara menjawap soalan :-

1) Baca soalan sehingga habis dan fahamkan betul-betul.
2) Baca lagi sekali soalan itu dan gariskan perkataan penting.
3) Bulatkan / warnakan kehendak soalan.
5) Pastikan unit yang dikehendaki oleh soalan cth: m, km, kg, g, l, ml dsb dan jangan lupa tulis jawapan dengan unit tersebut.
6) Pastikan juga jawapan yang dikehedaki oleh soalan cth : jawapan dalam pecahan, perpuluhan, peratus dsb. nya
4) Ringkaskan soalan menjadi ayat matematik
4) Mula selesaikan dengan mengira langkah demi langkah.


Contoh soalan:-



Contoh jawapan:-



Soalan (i) kebanyakan pelajar dapat menjawab dengan betul.

Untuk Soalan (ii), sesetengah pelajar yang cuai akan membuat salah dengan mengira sehingga gaji isteri sahaja iaitu RM2775.  Mereka tidak memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan iaitu "Jumlah gaji bulanan mereka" sepatutnya RM3700 + RM2775 = RM6475.

Sekian, selamat Maju Jaya.

Tutor Ms. N


Nota Kaki : Pendapat dan pandangan yang diberikan diatas adalah pendapat peribadi sahaja berdasarkan pengalaman sendiri mengajar mata pelajaran Matematik.  Sekian, harap maklum.

2 Sept 2017

TEKNIK MENJAWAP SOALAN MATEMATIK KERTAS 1

Ramai pelajar ambil mudah Kertas 1 kerana ada jawapan Objektif yang boleh dipilih.  Tetapi tahukah pelajar semua bahawa soalan sebegini adalah lebih "tricky" dengan pilihan jawapan yang diberikan?  Namun dengan teknik yang betul, pelajar boleh "score" bahagian ini dengan baiknya.  Cuma jangan cuai ketika membaca soalan dan ketika mengira.

Soalan Matematik Kertas 1 mewakili 40% markah keseluruhan.  Ia mempunyai bilangan sebanyak 40 soalan kesemuanya.  Masa yang diberikan pula ialah 1 jam sahaja.  Jadi purata masa untuk menjawap setiap soalan ialah 1.5 minit.  Cuba jawap soalan yang mudah sepantas yang boleh.  Tinggalkan soalan yang susah dengan membulatkan nombor soalan.  Setelah habis semua soalan, cari semula soalan susah yang telah ditandakan  tadi dan cuba menjawap sebaik mungkin.


Cara-cara menjawap soalan :-

1) Baca soalan sehingga habis dan fahamkan betul-betul.
2) Baca lagi sekali soalan itu dan gariskan perkataan penting.
3) Bulatkan / warnakan kehendak soalan.
4) Ringkaskan soalan menjadi ayat matematik jika boleh; atau
5) Buat ringkasan yang anda sendiri faham
4) Mula mengira langkah demi langkah.


Contoh soalan:-

Encik Atan menternak arnab, lembu dan ayam di ladangnya.  Dia mempunyai 58 ekor arnab.  Bilangan lembu adalah 24 ekor lebih daripada bilangan arnab manakala bilangan ayam adalah 18 ekor kurang daripada junlah arnab dan lembu.  Berapakah jumlah ternakan Encik Atan?

A. 146
B. 204
C. 262
D. 298


Jalan kerja kebanyakan pelajar:-

Untuk mencari jumlah ternakan Encik Atan, kita mesti cari bilangan setiap jenis ternakan.

Arnab = 58 ekor
Lembu = 24 ekor lebih daripada bilangan arnab
Ayam = 18 ekor kurang daripada jumlah arnab dan lembu

Oleh itu, jumlah lembu:-

24 + 58 = 82

Jumlah Ayam:-

 82 - 18 = 64

Oleh itu , Jumlah semua ternakan:-

58 + 82 +  64 = 204# (jawapan adalah salah)


Jalan kerja yang betul:-


Untuk mencari jumlah ternakan Encik Atan, kita mesti cari bilangan setiap jenis ternakan.

Arnab = 58 ekor
Lembu = 24 ekor lebih daripada bilangan arnab
Ayam = 18 ekor kurang daripada jumlah arnab dan lembu

Oleh itu, jumlah lembu:-

24 + 58 = 82

Jumlah Ayam:-

Arnab dan lembu 58 + 82 = 140

140 - 18 = 122

Oleh itu , Jumlah kesemua ternakan:-

58 + 82 + 122 = 262# (Jawapan yang betul ialah C. 262)


Nota Tutor :-

Kesalahan pelajar bermula ketika mengira bilangan Ayam.  Pelajar tergesa-gesa menjawap dengan terus menolak 18 daripada 82 tanpa mengira terlebih dahulu bilangan sebenar Arnab dan Lembu.

Soalan di atas pada dasarnya nampak mudah. Namun pelajar sering membuat kesilapan dengan memberi jawapan yang salah.  Ini mungkin kerana pelajar tidak berhati-hati ketika membaca soalan dan juga pelajar terlalu mengejar masa untuk menjawap.  Pilihan jawapan ada diletakkan kemungkinan jawapan yang akan diberikan oleh pelajar yang cuai.  Sebab itu pelajar akan rasa yakin yang jawapan mereka betul.

Jumpa lagi di "posting" akan datang. Selamat Maju Jaya.

Ms. N

Nota Kaki : Pendapat dan pandangan yang diberikan diatas adalah pendapat peribadi sahaja berdasarkan pengalaman sendiri mengajar mata pelajaran Matematik.  Sekian, harap, maklum.