Ini adalah salah satu perkara biasa yang menjadi kebimbangan ibu bapa yang mementingkan peningkatan akademik anak-anak mereka. Terdapat kalangan pelajar yang memerlukan pendidikan tambahan untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam trek pembelajaran dan tidak ketinggalan.
Selalunya pelajar yang kurang fokus dapat manafaat dari Kelas "One-to-One" ini kerana Fokus pembelajaran sangat dititikberatkan. Para pelajar akan mendapat lebih perhatian dan bimbingan yang padu daripada seorang tutor. Ini akan memberikan impak yang besar kepada pelajar. Secara tidak langsung tutor akan dapat mengesan kelemahan pelajar dalam subjek yang diajarkannya kepada pelajar.
Oleh itu, usaha yang padu akan diberikan oleh tutor dalam membantu pelajar memperbaiki kelemahan sekaligus memperoleh kejayaan. Selain itu, tutor juga bertindak sebagai pembimbing dan pemberi inspirasi kepada pelajarnya dalam apa jua situasi yang melanda dalam pelajaran, kerjaya pada masa hadapan mahupun kehidupan peribadi. Akhir sekali, kadar yuran yang dikenakan amatlah berpatutan.
Ciri-ciri kelas :
Seorang pelajar sahaja pada satu-satu sesi.
Jadual Waktu :
Hari : Sabtu atau Ahad
Masa : Mengikut kekosongan
Kadar Yuran : RM30 sejam (min.2 jam per session)
Untuk keterangan lanjut hubungi Ms. N di 017-3742856
No comments:
Post a Comment